fbpx

Dua beranak kemuka tuntutan palsu RM90,000 diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan seorang pemilik sebuah syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah hampir RM90,000 kepada sebuah agensi kerajaan, tiga tahun lalu.

Turut ditahan ialah seorang pengarah projek berkaitan syarikat berkenaan bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki yang berusia 50 dan 25 itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira pada pukul 8 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek yang merupakan ayah dan anak itu telah mengemukakan tuntutan palsu kepada agensi tersebut berkaitan tuntutan program subsidi upah melibatkan dana kerajaan, pada 2020.

Mereka telah melampirkan senarai nama pekerja yang layak sedangkan hasil tuntutan tersebut tidak dibayar kepada pekerja syarikat berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan kedua-dua suspek kemudian dilepaskan dengan jaminan pihaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI