fbpx

[VIDEO] Sanusi tiba di Mahkamah Selayang menaiki kenderaan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanusi tiba di Mahkamah Selayang menaiki kenderaan polis kira-kira pukul 8.55 pagi.

GOMBAK – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dilihat tiba di pekarangan Mahkamah Selayang kira-kira pukul 8.55 pagi ini.

Sanusi hari ini dibawa masuk dengan menggunakan kenderaan polis setelah beliau ditahan polis di Mont Kiara, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Sanusi akan menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 [Akta 15] diarahkan kerana perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja (Yang Dipertuan Agong dan Sultan Selangor).

Semalam Kosmo! melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menzahirkan penghargaan kepada ahli-ahli Dewan Diraja Selangor yang bertindak membuat satu laporan polis berhubung isu menghina Institusi Diraja Selangor.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani berkata, laporan dibuat pada 14 Julai lalu itu adalah susulan kenyataan dikeluarkan oleh Sanusi dalam satu ceramahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI