fbpx

[VIDEO] Nampaknya di Malaysia, tidak boleh cakap apa-apa – Muhammad Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi selepas perbicaraan kes di Mahkamah Selayang hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

GOMBAK – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor mendakwa pendakwaan terhadapnya bakal menjejaskan peluang beliau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Menteri Besar Kedah itu berkata, pendakwaan yang dilakukan terhadapnya berlaku terlalu cepat dengan hanya tiga hari siasatan.

”Saya diambil pagi tadi tanpa sebarang notis dan saya mengetahui dakwaan itu menerusi laporan media.

”Saya sudah maklumkan akan hadir ke mahkamah pagi ini, namun tetap ditahan untuk siasatan.

“Saya beri kerjasama sepenuhnya. Waktu tangkapan, ada siasatan kes lagi berkaitan ucapan saya di tempat lain juga,” katanya pada sidang akhbar di pekarangan Mahkamah Sesyen Selayang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengemai pertuduhan hari ini, Muhammad Sanusi memaklumkan, kedua-dua belah pihak tidak boleh mengulas kes tersebut.

“Nampaknya di Malaysia ini tuan-tuan, kita tak boleh cakap apa-apa. Bercakap di medan politik biasanya diselesaikan secara politik dengan hujah-hujah.

“Tapi di Malaysia, kita ada kerajaan yang takut. Dia guna agensi untuk sekat suara kita.

“Nampaknya ini tindakan ahli politik bankrap, guna pihak berkuasa untuk sekat kemaraan rakyat. Saya harap ia petanda mereka sebenarnya sedang ketakutan,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan pada prosiding hari ini pendakwaan diwakili Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh manakala peguam Datuk Shaharudin Ali dan Wan Rohimi Wan Daud bertindak sebagai peguam Muhammad Sanusi.

Kedua-dua mahkamah kemudian membenarkan Muhammad Sanusi diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu dengan dua penjamin dan tidak dibenarkan membuat sebarang hantaran sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan tarikh 4 Oktober ini sebagai sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI