fbpx

Teliti ucapan saya berhubung menteri bebas rasuah – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar meninjau gerai jualan dalam program Sentuhan Agro Madani di Sekinchan, Sabak Bernam. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SABAK BERNAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Presiden Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti sebaiknya ucapannya berhubung menteri dilantik Kerajaan Perpaduan kekal bersih dan bebas daripada rasuah.

Anwar menegaskan, ini melibatkan sepanjang lapan bulan pemerintahannya dengan beliau sentiasa mengikuti laporan daripada pihak berkuasa dari masa ke semasa.

Katanya, ini termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terutamanya.

“Saya sudah jawab lapan bulan. Patut teliti ucapan saya, lapan bulan saya Perdana Menteri dan saya ikuti laporan semasa ke semasa dari polis, LHDN dan SPRM terutamanya.

“Saya puas hati, alhamdulillah, tidak ada kes yang boleh menjejaskan dari segi integriti.

“Justeru, saya nasihatkan kita kena tumpu yang sakau orang berbilion-bilion yang nampak tersembunyi dan melalak ke sana ke sini mereka ini mempertahankan Melayu dan Islam itu yang kita perlu tahu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor di MSekin Wonderland, Sekinchan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Syed Saddiq menyatakan kenyataan Anwar bahawa tiada menteri dalam Kabinetnya terpalit rasuah, memberi isyarat seolah-olah kes membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, akan digugurkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, tanggungjawab beliau dalam Kerajaan Madani adalah menjaga supaya tiada amalan rasuah.

“Jadi, laporan saya berdasarkan prestasi lapan bulan yang dipantau rapi oleh agensi-agensi penguatkuasaan tanpa mengira kedudukan dan parti termasuk parti kerajaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI