fbpx

Semakin ramai orang pilih bercinta dengan AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

LONDON  –  Lebih ramai individu kesunyian dilaporkan ‘membeli’ kekasih kepintaran buatan (AI) selepas kecewa menjalin hubungan cinta sesama manusia yang begitu sukar, lapor akhbar Daily Star semalam.

Satu aplikasi  menawarkan ‘kekasih’ digital, Replika, menyaksikan 10 juta pengguna lelaki dan wanita melanggan platform berkenaan. Jumlah keseluruhan langganan mereka mencecah £46 juta (RM273 juta).

Seorang pengguna berkata: “Mengapa perlu berjuang untuk hubungan cinta yang mengecewakan sedangkan anda boleh membeli (kekasih) yang berkualiti.”

“Kekurangan hubungan secara fizikal mungkin menjadi masalah, namun hubungan dari segi mental mungkin mencukupi untuk sebilangan orang,” kata netizen lain. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI