fbpx

Sanusi minta penyokong jaga disiplin, kekal sihat untuk keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi disambut lebih 1,000 penyokong sebaik tiba di LTSAH, Alor Setar hari ini. Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa terdapat pihak tertentu yang menggunakan segala apa yang ada bagi menyekat kemaraan beliau dan para penyokongnya ketika ini.

Menurut Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu, pihak berkenaan merupakan orang gila kuasa dan sanggup berbuat apa sahaja bagi mempertahankan kuasa.

Begitupun, katanya, beliau yakin rakyat Kedah tidak akan terpengaruh dengan segala propaganda dan cubaan untuk memfitnah menggunakan perkara yang sengaja diada-adakan.

“Insya-Allah saya sangat menghargai sokongan dan kerjasama anda semua untuk mempertahankan Kedah. Kalau anda dapat saksikan kebelakangan ini, dibuat usaha bersungguh-sungguh untuk mengada-adakan benda yang kita tidak tahu apa-apa di bawah kementerian tertentu.

“Saya harap dalam beberapa tempoh yang ada ini, kita dapat menjaga disiplin kekal sihat agar kita dapat mengundi pada 12 Ogos nanti,” katanya di hadapan para penyokongnya yang berkumpul di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini sebaik tiba dari Kuala Lumpur hari ini.

Muhammad Sanusi menambah, selepas ini banyak program yang sedang diatur untuk pembangunan negeri dengan beberapa projek utama akan turut dijalankan sekali gus memberi impak tinggi kepada negeri serta rakyat Kedah.

“Kalaulah negeri ini terlepas ke tangan orang tak tahu apa-apa, dah lapan bulan kita tak nampak apa-apa lagi. Maka sekarang ini telah dipopularkan istilah ‘kakistokrasi’ iaitu sebuah kerajaan oleh orang-orang yang lemah dan tidak berkemampuan untuk mentadbir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI