fbpx

PRN: BN dijangka bertanding sekurangnya 12 kerusi DUN Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad pada program itu di Klang, malam tadi.

KLANG – “11 dalam tangan, 12 hampir pasti,”. Demikian kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengenai jangkaan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan itu, maklumat terbaharu berkenaan diperoleh daripada sumber dalaman Badan Perhubungan negeri.

“Selain lima kerusi yang disandang, kita berharap mendapat kerusi yang boleh dimenangi nanti. Berapa pun jumlah kerusi, kita kena menang. Kalau 11 kena menang 11/11, kalau lebih 12 maka perlu 100 peratus,” katanya ketika ditemui pada program Townhall UMNO Kota Raja di Royal Mustika Ballroom di sini, malam tadi.

Jelas Ahmad, jumlah kerusi dan calon itu akan dimuktamadkan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala lumpur pada malam Jumaat ini sekiranya tiada perubahan.

“Pada sebelah petang, ada mesyuarat MKT UMNO dahulu sebelum pengumuman calon bagi enam negeri dibuat. Jika 12 kerusi BN bertanding di Selangor, saya berharap semuanya akan menang kelak,” ujarnya.

Tambah beliau, fakta realiti politik di negeri ini menunjukkan kekalahan BN dalam beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) sejak 2008.

“Kita perlu mendapatkan kepercayaan rakyat dengan memenangi semua kerusi ditandingi sekali gus bangkit semula untuk bersama dalam Kerajaan Perpaduan. Jadi, usaha perlu dipertingkatkan bagi memastikan kemenangan kerusi yang diberi peluang kali ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI