fbpx

PRN: Amirudin calon Menteri Besar Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin Shari.

SABAK BERNAM – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan dikekalkan sebagai calon Menteri Besar Selangor sekiranya gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini berdasarkan prestasi konsisten Naib Pengerusi PKR itu dalam pertumbuhan ekonomi khususnya di Selangor.

“Pertumbuhan ekonomi kita pada suku tahun pertama dan Selangor nombor satu, sebab itu kita cadang kekalkan Amirudin sebagai Menteri Besar.

“Ini kali pertama saya umumkan, Amirudin pun terkejut. Berapa suku pertama tahun ini (adalah) 5.6 peratus dan ini paling tinggi berbanding China, Singapura dan Indonesia,” katanya ketika berucap pada majlis program sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor, sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI