fbpx

Polis minta kerjasama MCMC kesan ‘stalker’ ganggu jurufoto wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar bukti gangguan seksual yang diterima oleh wanita terbabit.

PETALING JAYA – Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengesan suspek membuat gangguan seksual terhadap seorang wanita sejak lapan tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya sudah merakam keterangan mangsa, Ahad lalu dan laporan polis juga sudah diterima.

Bagaimanapun, katanya, suspek masih belum dapat dikesan.

“Buat masa ini suspek masih dikesan dan kita minta bantuan daripada MCMC untuk membuat penelitian terhadap akaun media sosial suspek terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Menurut beliau, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang wanita yang juga jurugambar tempatan meluahkan rasa penat dan marah selepas bertahun-tahun diganggu ‘stalker’ (penghendap) seorang lelaki.

Pendedahan itu dibuat oleh Acacia Diana di laman Instagramnya yang mendakwa gangguan itu berlaku sejak 2016 disertakan pelbagai bukti hantaran mesej yang berunsur kandungan lucah dilakukan lelaki terbabit.

Sehubungan itu, kertas siasatan berhubung wanita terbabit yang menerima gangguan seksual daripada seorang lelaki tempatan secara dalam talian sejak tahun 2016 dibuka dan direklasifikasi semula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI