fbpx

Polis berkas pasangan suami isteri cari rezeki sebagai badut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri tersebut membawa anak mereka menginap di hotel selepas mendapat hasil lumayan ketika menghibur di jalanan. – Instagram

JAKARTA – Sepasang suami isteri yang menyara hidup sebagai penghibur jalanan dengan berpakaian badut ditahan di Bontang, wilayah Kalimantan Timur kerana didakwa menimbulkan rasa tidak selesa  orang ramai, lapor program berita Liputan6 hari ini.

Pasangan tersebut dikatakan menjana pendapatan lumayan mencecah 500,000 rupiah (RM151) dalam masa sejam.

Satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram Sabtu lalu memberitahu bahawa wang hasil pekerjaan itu digunakan pasangan suami isteri berkenaan untuk membawa anak-anak mereka menginap di hotel.

Unit Polis Perkhidmatan Awam Pamong Praja Bontang menahan kedua-dua mereka ketika sedang menghibur di jalanan dengan memakai kostum watak kartun.

Namun, ramai netizen berpendapat suami isteri itu tidak sepatutnya ditangkap kerana mereka bekerja dan bukan meminta sedekah.

“Di Bogor juga ada ramai badut tetapi mereka tidak mengganggu orang ramai. Biarlah mereka mencari sesuap nasi, yang penting tidak mencuri,” kata seorang netizen.

“Mereka bekerja, jadi biarlah mereka menikmati hasilnya. Apa yang menjadi masalahnya? Mereka tidak mengganggu orang, malah  ramai yang terhibur dengan aksi mereka,” kata netizen lain.

Sebelum ini, Liputan6 melaporkan bahawa Unit Polis Perkhidmatan Awam Banyuwangi menahan beberapa penghibur jalanan yang sering berkumpul di kawasan lampu isyarat.

Ada antara mereka memakai kostum badut selain ada yang melumur badan dengan cat berwarna kelabu atau digelar manusia ‘silver’.

Ketua unit tersebut, Wawan Yadmadi berkata, penangkapan itu dibuat sebagai tindak balas kepada aduan keresahan orang ramai yang berasa terganggu dengan kehadiran mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI