fbpx

Petugas media menanti ketibaan Sanusi di Mahkamah Selayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas media menanti ketibaan Sanusi di Mahkamah Selayang pagi ini.

GOMBAK – Hampir 100 petugas media dilihat setia menanti ketibaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor di Mahkamah Selayang, di sini, pagi.

Tinjauan Kosmo! mendapati petugas media dilihat memenuhi pekarangan Mahkamah Selayang seawal pukul 7 pagi tadi.

Susulan itu, Muhammad Sanusi dijangka tiba di sini sekitar pukul 8.30 pagi bagi pendakwaan berhubung kenyataan yang didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya.

Bagaimanapun, setakat ini tiada penyokong dilihat tiba di pekarangan mahkamah.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Muhammad Sanusi disahkan ditahan polis di sebuah hotel di ibu negara, awal pagi ini.

Beliau dijangka dibawa ke Mahkamah Selayang hari ini bagi pendakwaan berhubung kenyataan yang didakwa mempertikaikan kewibawa

Menerusi carian laman sistem mahkamah, pendakwaan Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) akan dibuat di dua Mahkamah Sesyen berbeza.

Dalam ucapan beliau yang tular sebelum ini, pemimpin Pas itu dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor.

Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis termasuk yang menyifatkan menghina institusi beraja di Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI