fbpx

Penduduk trauma bencana kepala air, mahu segera pindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah penduduk yang dinaiki air akibat kepala air di Kampung Sempadan, Jerantut baru-baru ini.

JERANTUT – Sebanyak 11 keluarga yang mendiami penempatan di sepanjang pesisir Sungai Sepan di sini, kini sukar untuk tidur malam ekoran bimbang risiko berlakunya kejadian kepala air besar di perkampungan mereka.

Menurut penduduk di Kampung Sempadan, mereka sudah serik dengan kejadian banjir yang sering berlaku di kampung itu sejak 36 tahun lalu dan memohon agar dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

Pengerusi Jawatankuasa Pem­bangunan dan Keselamatan Kam­pung (JPKK) Sempadan, Samsuri Salamin berkata, rumah pendu­duk yang terletak di pesisir Sungai Sepan sememang­nya kerap berhadapan dengan masalah banjir kilat dan kejadian kepala air.

“JPKK berharap kerajaan dapat menyediakan kawasan baharu yang lebih selamat bagi penduduk membina rumah.

“Penduduk juga ber­harap kerajaan dapat mendalamkan Sungai Sepan dan dua batang anak sungai bagi mengurangkan limpahan air ke kawasan perkampungan,” katanya di sini semalam.

Dalam kejadian terbaharu, penduduk di kampung berkenaan dikejutkan dengan kejadian kepala air yang menyebabkan berlakunya limpahan air dari Sungai Sepan.

Seorang suri rumah, Rosma­liza Mohamed Sah, 43, berkata, kebimbangan sentiasa dirasai penduduk setiap kali berlakunya hujan lebat sehinggakan mereka sukar untuk tidur malam.

“Saya dan suami sudah tidak mampu lagi berdepan banjir kilat, setiap kali bencana datang habis semua barang rosak.

“Kejadian banjir kilat dan kepala air juga kerap berlaku pada tengah malam,” ujarnya.

Bagi Lehan Yasak, 64, mereka tidak mampu membeli rumah atau rumah baharu di kawasan lain kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Mana mampu beli tapak atau kediaman baharu sebab kebanyakan kami hanya bekerja sendiri selain menjadi pekebun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI