fbpx

Pendakwaan Sanusi bukti ketegasan tangani isu 3R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi

HULU TERENGGANU – Penahanan dan pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor membuktikan ketegasan pihak berkuasa memelihara keharmonian negara.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Adly Zahari berkata, isu menyentuh agama, institusi diraja dan kaum (3R) tidak boleh dibiar untuk dimanipulasikan demi kestabilan negara.

“Negara sudah banyak terheret tentang isu berkaitan dengan (isu) 3R dan ini amat merugikan.

“Mendaulatkan undang-undang merupakan aspek penting. Rakyat mahu negara yang stabil ekonomi dan memacu ke hadapan,” katanya di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang merupakan Timbalan Menteri Pertahanan merasmikan program Peduli Veteran peringkat Terengganu.

Sehubungan itu, Adly percaya Sanusi dan Perikatan Nasional (PN) tidak sepatutnya menerima simpati rakyat terhadap tindakan perundangan dihadapinya.

Beliau berkata, rakyat yang matang tidak terpengaruh dakyah PN demi memastikan kestabilan politik negara terus dikekalkan.

Dalam pada itu, Adly memaklumkan Amanah akan bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada PRN 12 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI