fbpx

[VIDEO] ‘Mereka masih bersama’, Shila Amzah dedah status terkini orang tuanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA enggan mengulas lanjut hubungan ibu bapanya dan selesa tidak campur tangan.

PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah mengesahkan bahawa ibu bapanya iaitu Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman masih berstatus suami isteri.

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah berkata, kalau mereka bukan lagi berstatus suami isteri, masakan tidak borang perkahwinannya dengan tunang, Ubai kini sudah lengkap.

“Disebabkan borang saya dah siap, maknanya mereka masih lagi bersama (ketawa).

“Kita kena tunggu tapi itulah statusnya secara rasmi (official),” katanya kepada Kosmo! Online usai sidang akhbar Rockmantiuc Night Judika and The Gang di Pavilion, di sini semalam.

Jelas pelantun lagu Patah Seribu itu lagi, dia bagaimanapun tidak berani mengulas lebih tentang hubungan orang tuanya kerana urusan peribadi adalah hal dewasa yang mereka sendiri harus selesaikan.

Selebihnya, saya tak berani komen atau cakap bagi pihak mereka.

“Yang berkahwinnya mereka berdua. Jadi, saya tidak tahu dan tidak mengambil tahu (urusan mereka),” ujar Shila.

Menurut Shila lagi, bapanya hadir ketika majlis pertunangan sebelum ini atas sebab ikatan kekeluargaan meskipun timbul banyak salah faham.

“Atas dasar kekeluargaan, begitulah. Untuk nikah nanti pun, yang sudah tandatangan borangnya, tentu jugalah wali saya.

Tidak mungkin wali hakim. Apa yang berlaku, saya anggap sebagai asam garam kehidupan,” katanya.

Pada acara semalam juga, Shila memberi bayangan bahawa dia dan tunangnya, Ubai, 25, akan bernikah sekitar Ogos.

Terdahulu, Shila Amzah, 34 mendedahkan akan menamatkan zaman jandanya dengan pempengaruh, Ubai, 25, tahun ini.

Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli berkata, perancangan itu adalah hasil perbincangan keluarga kedua-dua pihak, namun bergantung kepada kesihatan ibunya, Rohani Jamal yang menghidap kanser ovari tahap empat.

Mei lalu, Ubai dan Shila mengejutkan ramai apabila berkongsi gambar pertunangan mereka dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI