fbpx

MB Kedah ditahan polis 3 pagi di KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi ditahan polis ketika berada di sebuah hotel di ibu negara, awal pagi ini.

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ditahan polis di sebuah hotel di ibu negara, awal pagi ini.

Perkara itu dikongsikan Pegawai Khas Media Menteri Besar Kedah, Mohamad Helmi Mohamad Khalid di akaun Facebook miliknya pada pagi ini dengan catatan “kita perbanyakkan doa untuk MB kita”.

Menerusi video yang dikongsinya itu, Muhammad Sanusi dikatakan ditahan kira-kira pukul 3 pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu dikatakan ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Muhammad Sanusi sebelum itu difahamkan menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi PN.

Beliau pulang ke bilik hotel pada pukul 11.40 malam semalam sebelum pintu diketuk dengan lebih 20 anggota polis berada di luar bilik sebelum ditahan.

Muhammad Sanusi pada masa sama difahamkan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang bagi menghadapi pertuduhan dipercayai berkaitan isu Sultan Selangor.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Menteri Besar Kedah yang mempertikai serta melanggar larangan menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Muhammad Sanusi dalam satu siri ceramah mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina Sultan Selangor selain meremehkan pelantikan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI