fbpx

Mahkamah: CZBUCG terima RM74.8 juta bagi pindahmilik tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn. Bhd. (CZBUCG) menerima RM74.8 juta daripada Syarikat Ewein Zenith Sdn Bhd. bagi proses pindahmilik tanah melibatkan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Bayaran pertama sebanyak RM12.5 juta dijelaskan pada 18 November 2013 manakala bayaran terakhir sebanyak RM5 juta diselesaikan pada 30 Mac 2015 melibatkan dua lot tanah di Bandar Tanjong Pinang.

Bekas Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Pulau Pinang Datuk Akmar Omar, 63, bagaimanapun berkata, beliau tidak mempunyai pengetahuan berhubung proses pembayaran tersebut.

Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada sesi pemeriksaan utama, saksi pendakwaan ke-35 itu berkata, sehingga dokumen akhir dikeluarkan pada 2016, tanah tersebut masih milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pada perbicaraan lalu, mahkamah diberitahu, Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang meluluskan pemberimilikan tanah lot kepada CZBUCG sebagai ‘balasan’ kerja-kerja yang dilakukan berkaitan projek pembinaan jalan utama dan terowong di negeri itu.

Bekas Exco Pulau Pinang Datuk Lim Hock Seng, 73, berkata mesyuarat itu yang dipengerusikan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang pada 11 Disember 2014 telah meluluskan pemberimilikan lot 702 di Bandar Tanjung Pinang, Daerah Timur Laut di negeri itu kepada syarikat berkenaan.

CZBUCG kemudian menamakan lot berkenaan kepada Ewein Zenith yang dimiliki Datuk Ewe Swee Kheng (mendiang) dan lot itu dibangunkan dengan projek mega dikenali City of Dreams.

Hock Seng berkata berdasarkan perjanjian awal dimeterai antara kerajaan negeri dan CZBUCG, syarikat itu berhak untuk menamakan Ewein Zenith sebagai pemilik tanah sebagai balasan kerja-kerja yang dilaksanakan CZBUCG. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI