fbpx

Lelaki ditahan sejam selepas cuba samun guna pistol mainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pistol mainan yang berjaya dirampas daripada seorang suspek kes cubaan samun di sebuah kedai serbaneka di Dulang, dekat Yan pada Jumaat lalu.

YAN – Tindakan seorang lelaki cuba menyamun sebuah kedai serbaneka dengan menggunakan pistol mainan di Dulang pada Jumaat lalu memakan diri apabila dia ditahan dalam tempoh sejam selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, lelaki tempatan berusia 35 tahun itu diberkas di tepi jalan di Titi Hayun pada pukul 4.30 pagi.

“Dia ditahan selepas mangsa yang merupakan juruwang kedai serbaneka membuat laporan polis berhubung kes cubaan samun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan awal mendapati, suspek yang menunggang motosikal jenis Honda RSX mengisi petrol di sebuah stesen minyak bersebelahan kedai serbaneka tersebut pukul 3.05 pagi.

“Selepas mengisi minyak, suspek dilihat mundar-mandir di tepi bangunan stesen minyak sebelum menghampiri juruwang terbabit yang keluar dari premis untuk mengambil penyapu.

“Suspek menunjukkan objek disyaki pistol menyebabkan mangsa berlari masuk semula ke dalam premis. Suspek kemudian bertindak melarikan diri tanpa memperoleh apa-apa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI