fbpx

Kestabilan politik kerajaan perpaduan bawa pelaburan RM71 billion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) bersama tetamu yang hadir pada Sentuhan Agro Madani di Sekinchan, Sabak Bernam hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SABAK BERNAM – Kestabilan politik yang dicapai kerajaan perpaduan telah membawa pelaburan sehingga RM71 billion ke negara ini pada suku pertama tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibraihim berkata, ini tidak termasuk daripada Tesla Inc. yang dimiliki Elon Musk, syarikat minyak dan gas terbesar di dunia, Saudi Aramco dan syarikat pengeluar kenderaan Geely Automobile Holdings Ltd. dari China.

“Ada orang kata, kita sudah jumpa Elon Musk tiga tahun lalu. Yelah, kamu sudah jumpa tetapi dia tidak datang. Kamu jumpa, pujuk, beri insentif, dia (Elon Musk) tidak jawab. Dia kata saya akan mempertimbangkan.

“Namun, apabila ada Kerajaan Perpaduan dan dia (Elon Musk) tengok kuat, dia yang minta telefon dan minggu lalu persidangan video (diadakan),” katanya ketika berucap pada majlis Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor di MSekin Wonderland, Sekinchan, di sini hari ini.

Anwar memberitahu, hasil persidangan tersebut Elon memaklumkan tiga perkara iaitu ibu pejabat Tesla, kenderaan elektrik dan perkhidmatan satelit Starlink.

“Kalau di Sekinchan tiada internet, kita boleh pasang di atas bumbung dan boleh cover serta tidak payah pakai 5G mahal-mahal, itu banyak di bandar. Di luar bandar kita perlu, di sekolah, universiti, desa, kita perlu (Starlink),” katanya.

Beliau menjelaskan, segala pelaburan tersebut adalah jasa daripada semua pihak dan bukannya daripada beliau sendiri.

“Jawapan bagi pelaburan datang ini pertama aman, jasa siapa bukan saya (tetapi) jasa polis, tentera dan penguatkuasaan. Kedua politik yang stabil, jasa siapa, jasa PKR, Amanah, DAP, UMNO. Ini penting peranan UMNO, dan parti Sabah dan Sarawak (GPS dan GRS), jadi politik stabil.

“Kemudian, dasar yang jelas, hala tuju jelas dalam ekonomi, itu menyebabkan mereka yakin dan tatakelola yang baik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI