fbpx

Jujur bergaya, serlah ekspresi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penampilan yang bersesuaian biasanya tidak menyebabkan pandangan sinis orang sekeliling.

PAKAIAN merupakan ekspresi luaran yang lahir dari dalam diri individu. Adalah amat penting berpakaian bertujuan sebagai suatu ekspresi gaya tersendiri atau bagi menyampaikan mesej tertentu kepada sesiapa yang melihat.

Namun begitu, walau apa pun gaya anda, seharusnya ia nampak bersahaja, tidak keterlaluan dan tidak dibuat-buat.

Kita boleh mengambil inspirasi untuk lebih bergaya, tetapi cuma perlu diingat ia perlu disesuaikan serta diolah mengikut gaya hidup sendiri dan disesuaikan dengan latar belakang masyarakat setempat.

Jujur dengan diri
Paling penting, kita perlu jujur dengan diri sendiri. Kita perlu sentiasa selesa dengan apa yang kita pakai serta gayakan. Pilihlah padanan pakaian dan aksesori yang kita fikirkan menarik, bukan apa yang dikatakan trendy oleh orang lain.

Oleh itu kekalkan item yang paling sesuai dengan umur, potongan tubuh badan, imej, personaliti serta gaya kita dengan mengambil kira acara, majlis dan lokasi.

Elak pembaziran
Praktikkan konsep less is more. Jangan overdo and trying too hard dalam berfesyen. Anda tidak perlu gayakan segala pakaian dan aksesori yang trendy dan popular dalam satu masa. Ia akan nampak amat pelik dan janggal.

Cuba jangan membazir dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu. Beli hanya beberapa pakaian yang mengikut trend pada setiap musim dan kemudiannya suai padan dengan basic items atau apa yang ada dalam almari pakaian anda.

Berpakaianlah yang bersesuaian dengan usia dan lokasi dituju.

Hiasan almari
Tanya diri sendiri sama ada anda membeli sesuatu pakaian atau aksesori adalah kerana ia instyle atau disebabkan anda betul-betul memerlukan dan menyukainya.

Jika anda membelinya hanya kerana logo atau jenama barangan tersebut, lupakan sahaja niat anda kerana percayalah akhirnya pakaian tersebut hanya akan menjadi hiasan dalam almari anda.

Fikirlah dengan sebaik-baiknya.

Suai padan
Pakaian baharu yang disuai padan dengan yang lama secara bijak dan kreatif, selalunya menjadikan penampilan kita kelihatan lebih effortless (bersahaja) dan menarik.
It’s cost-effective, safe way to look your best everyday!

Sebelum anda bercadang untuk membeli pakaian ataupun aksesori yang baharu, pastikan anda memikirkan konsep suai padan juga.

Suai padan
Pakaian baharu yang disuai padan dengan yang lama secara bijak dan kreatif, selalunya menjadikan penampilan kita kelihatan lebih effortless (bersahaja) dan menarik.
It’s cost-effective, safe way to look your best everyday!

Sebelum anda bercadang untuk membeli pakaian ataupun aksesori yang baharu, pastikan anda memikirkan konsep suai padan juga.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI