fbpx

Johor, Sarawak alami hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

 

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan melanda Johor dan Sarawak hingga pukul 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, kawasan terlibat di Johor termasuk Segamat, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi dan juga Johor Bahru.

“Bagi Sarawak pula kawasan terlibat adalah Sibu dan Mukah,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI