fbpx

Janin bertali pusat ditemui dalam loji kumbahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja pembersihan menjumpai janin ketika mahu membersihkan loji kumbahan di sebuah apartment di Inanam semalam. - Foto Ihsan Polis

KOTA KINABALU – Seorang pekerja pembersihan menjumpai janin disyaki lelaki ketika mahu membersihkan loji kumbahan sebuah apartmen di Inanam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, janin yang masih bertali pusat tersebut ditemui sewaktu pekerja berkenaan mahu melakukan kerja pembersihan sangkar perangkap sampah di lokasi terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan mendapati pekerja terbabit terlebih dahulu melihat objek menyerupai anak patung di dalam sangkar perangkap sampah.

“Pekerja itu mengangkat sangkar terbabit sebelum mendapati objek itu adalah janin lalu menaikkan sangkar untuk mengeluarkan janin kerana bimbang akan dihanyutkan berikutan arus air kumbahan agak laju,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata, pihak perubatan yang membuat pemeriksaan di lokasi mengesahkan janin yang masih bersama tali pusat itu sudah meninggal dunia dan jantinanya dipercayai lelaki.

“Pemeriksaan Forensik D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menunjukkan ukuran tinggi janin itu kira-kira 18 sentimeter dan masih bertali pusat serta lengkap anggota badan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI