fbpx

Jabatan Perikanan siasat dakwaan bekas ADUN tangkap ikan guna elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EXCO negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun (kiri) bersama Wan Mohammad Aznan (empat dari kanan) pada Program Pemuliharaan Paya Bakau Sebagai Habitat Pembiakan Ikan di Hutan Simpan Trong Selatan, Taiping hari ini. - Foto IHSAN JABATAN PERIKANAN

TAIPING – Jabatan Perikanan masih menyiasat dakwaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong di Terengganu, Datuk Rozi Mamat menangkap ikan menggunakan kaedah renjatan elektrik dua minggu lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, siasatan masih lagi berjalan pada ketika ini berikutan penafian yang dibuat oleh ADUN tersebut.

“Kalau dia kata tidak menggunakan elektrik, kita nak tengok alat itu. Jika jelas dia mengunakannya maka kita akan dakwa dia,” katanya selepas menghadiri Program Pemuliharaan Paya Bakau Sebagai Habitat Pembiakan Ikan di Pejabat Ranger Hutan Trong di Kuala Trong di sini hari ini.

Menurut beliau, terpulang kepada pihak pendakwaan negeri terbabit sama ada untuk meneruskan atau membatalkan pendakwaan berhubung isu tersebut.

Tambah Wan Muhammad Aznan, Kelantan mencatatkan kes tertinggi bagi kesalahan menangkap ikan mengunakan kaedah renjatan elektrik.

Terdahulu, media melaporkan Jabatan Perikanan memanggil telah Rozi untuk diambil keterangan berhubung dakwaan tersebut dan beliau menafikannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI