fbpx

Bekas pengendali Harimau Malaya meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
B. SATHIANATHAN

KUALA LUMPUR – Arena bola sepak negara diselubungi berita sedih apabila bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaya, B. Sathianathan menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Berita sedih tersebut dikongsikan oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj.

Selain pernah melatih pasukan negara, mendiang juga merupakan individu disegani dalam industri bola sepak Malaysia dan pernah mengetuai beberapa pasukan tempatan seperti Kelantan, Selangor, Sarawak United dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI