fbpx

Agihan Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai selesai Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin (tiga dari kiri) menyerahkan replika Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai kepada salah seorang pelajar Tingkatan Enam di Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Kementerian Perdagangan Dalam dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan untuk menyelesaikan sepenuhnya pengagihan Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai buat pelajar tingkatan enam dan kolej vokasional di seluruh negara menjelang Ogos ini.

Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, setakat ini seramai 3,176 pelajar tingkatan enam dan kolej vokasional telah menerima manfaat tersebut.

“Kita telah selesai menyerahkan Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai kepada pelajar terbabit di lapan negeri termasuk Terengganu hari ini.

“Baki pelajar tingkatan enam dan kolej vokasional di negeri-negeri lain akan menerima bantuan itu selewat-lewatnya bulan Ogos ini,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan program Outreach Sara Hidup dan Advokasi Kepenggunaan peringkat Terengganu.

Salahuddin berkata, pelajar dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan (B40) itu menerima Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai berjumlah RM150 atau RM50 bagi tiga bulan.

Beliau berkata, pemberian Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai tersebut boleh digunakan untuk membeli data Internet dan membayar kos pengangkutan bagi tujuan pembelajaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI