fbpx

West Ham minat khidmat Maguire

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE sedar bahawa peluangnya bersama United semakin tertutup dan perlu mencari pasukan lain untuk meneruskan kariernya. – AFP

LONDON – West Ham United bersedia untuk memberikan talian hayat kepada Harry Ma­guire yang turut mengakui karier­nya bakal kembali menyinar jika berpeluang meninggalkan Manchester United.

Pengurus The Hammers, David Moyes mahu selamatkan Maguire, namun pertahanan itu harus bersedia menerima pengurangan gaji bersama kelab tersebut.

“Saya tidak akan benarkan bilik persalinan yang tentukan dan ia terpulang kepada saya,” kata Maguire sebelum ini yang hanya melakukan lapan penampilan dalam kesebelasan utama musim lalu.

United dilaporkan bersedia untuk melepaskan 13 pemainnya bagi mencari dana untuk mendapatkan beberapa bintang baharu dan nama Maguire dikatakan turut tersenarai.

Bagaimanapun, The Red De­vils tidak terlalu memaksa Ma­guire meninggalkan pasukan dan kelab akan sentiasa gembira untuk membiarkan pemain ber­saing secara sihat.

Sepanjang musim lalu, pengendali pasukan, Erik Ten Hag lebih mempercayai Lisandro Martinez, Raphael Varane, Victor Lindelof, malah Luke Shaw juga sentiasa menjadi pilihan berbanding Maguire untuk menggalas tugas di barisan pertahanan.

Selain itu, West Ham juga dilaporkan bersedia untuk menawarkan kontrak kepada dua pemain United, Scott McTominay dan Anthony Elanga bagi mengisi tempat ditinggalkan Declan Rice yang menyertai Arsenal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI