fbpx

‘Welcome home’, Azah Aziz, keluarga kembali duduk di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZAH AZIZ bersama keluarga kini kembali menetap di Malaysia.

PETALING JAYA – Selepas lebih 20 tahun berhijrah ke Kanada, pelakon dan model terkenal era 1990-an, Azah Aziz akhirnya kembali pulang ke Malaysia untuk menjalani kehidupan bersama suami serta tiga orang anak lelakinya.

Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan Azah atau nama lengkapnya Norazah Aziz, 50, dalam Instagram, dia bersama keluarga sudah pun berangkat bersama keluarganya untuk kembali menetap di Malaysia sejak semalam.

“Selamat tinggal Montreal, Kanada,” tulisnya yang turut disertakan tanda pagar #newbeginning (permulaan hidup baharu) dan #backtomycountry (pulang ke negara sendiri).

Dalam hantaran berbeza, selebriti berkulit hitam manis itu turut berkongsi momen ketika dia bersama keluarganya berada di lapangan terbang dengan membawa bersama beberapa buah beg bagasi bersaiz besar.

Menerusi ruangan kapsyen, Azah berkata dia mengambil keputusan untuk kembali pulang ke tanah air (Malaysia) untuk menjalani kehidupan baharu bersama suami serta anak-anaknya, dan mengakui akan merindui rakan-rakannya di Kanada.

“Permulaan hidup baharu. Saya akan merindui rakan-rakan di Montreal,” ujarnya.

Menerusi hantaran terbaharu, pelakon yang pernah membintangi drama Cinta Korporat itu kini berada di Dubai sebelum menyambung perjalanan untuk pulang ke Malaysia.

Dalam ruangan komen, keputusan pelakon untuk untuk kembali menetap di Malaysia bersama keluarganya mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang memberi pendapat masing-masing.

“Selamat kembali Azah Aziz dan keluarga. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,” kata seorang pengikutnya.

“Mesti anak-anak rasa teruja. Tapi pada masa sama sedih sebab tinggalkan kawan-kawan di Kanada,” kata seorang lagi pengikutnya.

Walaupun ada yang gembira apabila Azah pulang ke Malaysia, namun terdapat segelintir netizen menganggap keputusan yang dibuat olehnya tidak tepat berikutan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.

“Mata wang Malaysia sedang jatuh dan menjejaskan banyak perkara,” komen seorang netizen.

“Baik duduk luar negara sahaja daripada duduk Malaysia. Malaysia banyak toksik, nanti ada sahaja yang tidak kena,” ujar seorang lagi netizen.

Azah mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga warganegara Perancis, Daud Leroy Abdullah pada 7 Januari 1995 dan berhijrah ke Montreal, Kanada.

Hasil perkongsian hidup selama 28 tahun, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, 26, Ryan, 20 dan Justin, 17. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI