fbpx

TikTok Muhammad Sanusi boleh diakses kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanusi

PETALING JAYA – Akaun TikTok rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kini boleh diakses kembali selepas dikatakan disekat pada Sabtu lalu.

Berdasarkan tinjauan pada TikTok beliau yang menggunakan nama @sanusimdnor, ia kini boleh diakses dan kembali aktif dengan hantaran terbaharu kira-kira satu jam lalu.

Malah, pengguna media sosial turut meninggalkan komen menyatakan mereka boleh melihat kembali akaun TikTok Menteri Besar Kedah.

“TikTok dah dapat balik,” kata Husna Sukri berserta simbol ‘tepuk tangan’.

“Dah dapat balik akaun MB, alhamdulillah. Tahu takut depa naa,” komen Aizen.

“Alhamdulillah syukur YB kesayangan ramai MB Kedah dah dapat balik akaun TikTok. Teruskan perjuangan insya-Allah,” komen Sepet.

Terdahulu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, tindakan pihak yang menyekat akaun media sosial TikTok miliknya sebagai penakut.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mengarahkan pihak berkenaan supaya akaun tersebut dikembalikan.

Susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan dakwaan menerima arahan kerajaan untuk menyekat akaun TikTok Muhammad Sanusi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI