fbpx

Tikam suami selepas dimarahi kerana berbual di telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nisha mengaku membunuh Vinod selepas disoal siasat oleh polis. – Facebook

NEW DELHI – Seorang wanita di negeri Kerala, India ditahan polis kerana disyaki menikam suaminya hingga mati selepas bertengkar dengan mangsa pada minggu lalu, lapor akhbar The Hindu semalam.

Suspek dikenali sebagai Nisha didakwa menikam suaminya, Vinod Kalavarakkunnu di rumah mereka di bandar Thrissur pada 11 Julai lalu sebelum mangsa meninggal dunia di hospital.

Menurut polis, pasangan suami isteri itu sering bertengkar sejak kebelakangan ini selepas Vinod curiga melihat gerak-geri isterinya yang sering berbual dengan seseorang menggunakan telefon bimbit.

Pada malam hari kejadian ketika Vinod pulang dari kerja, dia melihat Nisha sedang bercakap menggunakan telefon bimbit sebelum menjerit ke arahnya dan memusing tangan suspek untuk merampas peranti itu.

Nisha yang berang dengan tindakan suaminya lantas menikam mangsa  menggunakan pisau.

Sejurus melihat suaminya cedera parah, Nisha menekan bahagian luka untuk mengawal pengaliran darah, namun tindakannya itu dipercayai telah menyebabkan pendarahan dalaman.

Dia kemudian membawa Vinod ke hospital sebelum lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya, namun Nisha memberitahu kakitangan hospital bahawa suaminya cedera kerana terjatuh ketika mereka bertengkar.

Dia kemudian cuba memusnahkan bukti kejadian dengan mencuci pisau yang digunakan untuk menikam Vinod serta turut mencuci pakaian lelaki itu yang dipenuhi kesan darah.

Meskipun pada awalnya menafikan membunuh suaminya, Nisha akhirnya mengaku melakukan jenayah  itu selepas disoal siasat oleh polis. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI