fbpx

Tahanan lari dari Hospital Sungai Bakap diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nordin (gambar) diburu polis selepas lolos dari wad kuarantin tibi, Hospital Sungai Bakap petang tadi.

SEBERANG PERAI – Polis kini sedang giat memburu seorang tahanan yang dikatakan telah melarikan diri dari Hospital Sungai Bakap, kira-kira pukul 3.56 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Ng Ah Thiam berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh seorang warden penjara berhubung perkara itu.

Katanya, kejadian tersebut berlaku di sebuah wad kuarantin tibi di hospital berkenaan dan suspek yang berusia 54 tahun itu pula dikenali dengan nama Nordin Ahmad.

“Semasa meloloskan diri, tahanan tersebut memakai baju-t berwarna kelabu dan seluar pendek berwarna hitam. Berikutan kejadian itu juga, Ibu Pejabat Polis (IPD) SPS telah melancarkan Op Tutup untuk mengesan suspek,” katanya malam ini.

Tambah beliau, kerjasama daripada orang awam amat diperlukan dan mereka yang mempunyai maklumat berkaitan boleh segera menghubungi pihak IPD SPS ditalian: 04-5858222 atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor M. Karthik (016-6970009) atau mana-mana balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI