fbpx

Suspek gempal serang lelaki dengan pisau hingga cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang lelaki cedera selepas diserang lelaki bermotosikal yang bersenjatakan sebilah pisau ketika sedang berjalan menuju ke keretanya di Lorong Merican di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, mangsa yang berusia lingkungan 40-an dan menetap di Kajang, Selangor cedera pada bahagian kepala, lengan kiri dan belakang badan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan mendapati, sebelum kejadian, mangsa dan isterinya pergi ke sebuah kedai untuk membuat salinan fotokopi dokumen perniagaan.

Menurutnya, ketika pasangan terbabit sedang berjalan menuju ke kereta, secara tiba-tiba seorang lelaki bermotosikal telah meluru dari arah belakang sebelum menyerang mangsa dengan menggunakan sebilah pisau.

“Berdasarkan keterangan mangsa, suspek dianggarkan setinggi 168 sentimeter, berbadan gempal, memakai kemeja berwarna merah dan seluar jean biru,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, polis sedang giat menjalankan operasi mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI