fbpx

Sumbangan Asas Rahmah bukan ‘gula-gula’ PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan.

PUTRAJAYA – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada miskin tegar yang mula dilaksanakan di beberapa negeri hari ini bukan ‘gula-gula’ menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), sebaliknya ia sudah diumumkan pada Bajet 2023 lalu.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia sudah pun diumumkan sebelum ini, cuma pelaksanaannya sahaja bermula hari ini.

Beliau berkata, kerajaan sebenarnya sudah merancang lebih awal untuk melaksanakan SARA iaitu pada separuh penggal tahun ini.

“Jika nak kata ini ‘gula-gula’, hari ini belum lagi tempoh 29 Julai hingga 12 Ogos (kempen PRN), saya kira tiadalah pengumuman-pengumuman seperti ini dalam tempoh itu.

“Kita umum awal sebelum tarikh itu (kempen PRN). Kalau orang nak kata itu ‘gula-gula’, sebenarnya kita sudah umum awal iaitu pada 24 Februari lalu (Bajet 2023),” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Handholding Cukai Langsung Jualan dan Program Pengakuan Sukarela (VDP), hari ini.

Katanya, bantuan SARA itu membolehkan golongan B40 dan miskin tegar memperoleh sumbangan tambahan RM600 menjadikan keseluruhan RM3100 bantuan tunai diterima tahun ini.

Ahmad berkata, sumbangan tunai yang diterima rakyat oleh Kerajaan Perpaduan itu adalah tertinggi dalam sejarah negara setakat ini.

Menurutnya, kerajaan juga berharap SARA itu dapat diteruskan untuk tahun-tahun seterusnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI