fbpx

Shila Amzah, Ubai nikah Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEDIAAN majlis pernikahan Shila dan Ubai hampir siap sepenuhnya.

KUALA LUMPUR – “Gambarannya dalam bulan Ogos.”

Demikian pengakuan penyanyi, Shila Amzah yang memberi bayangan akan bernikah dengan pempengaruh, Ubai sekitar bulan hadapan.

Kata Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, persediaan menjelang hari bahagia dengan jejaka itu hampir siap sepenuhnya.

“Memang dah dekat. Cuma, sekarang ini mak Ubai berada di hospital. Masih belum boleh keluar lagi.

“Mak masih di hospital, kita tak boleh ‘reveal’ lagi. Kita rancang namun daripada segi persiapan semuanya seperti biasa.

“Saya rasa dalam 70 hingga 80 peratus persiapan sudah siap (untuk berkahwin),” katanya kepada Kosmo! Online usai sidang akhbar konsert Rockmantic Night Judika and The Gang di sini sebentar tadi.

Tambah pelantun lagu Patah Seribu itu lagi, dia tidak mahu terlalu beriya-iya bercerita tentang perkahwinan sedangkan banyak perkara masih tergendala.

“Bila tiba waktu sesuai, mak keluar sahaja dari hospital, kita akan dedahkan tarikhnya.

“Saya akan ke China dalam bulan September. Jadi, banyak benda yang kena diselesaikan pada Ogos.

“Setakat ini mak sedang melalui rawatan radioterapi. Tarikh akhirnya esok (18 Julai).

“Dia akan teruskan ‘cycle’ kemoterapi yang keenam untuk proses selanjutnya. Saya nak mak Ubai ada sama ketika momen penting (kami berkahwin) nanti,” katanya.

Terdahulu, Shila Amzah, 34 mendedahkan akan menamatkan zaman jandanya dengan pempengaruh, Ubai, 25, tahun ini.

Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli berkata, perancangan itu adalah hasil perbincangan keluarga kedua-dua pihak, namun bergantung kepada kesihatan ibunya, Rohani Jamal yang menghidap kanser ovari tahap empat.

Mei lalu, Ubai dan Shila mengejutkan ramai apabila berkongsi gambar pertunangan mereka dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI