fbpx

Selangor bangkit meratah Penang FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHMOUD meraikan jaringannya ketika membantu Selangor FC menumpaskan Penang 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ kelmarin.

KEMATANGAN pemain untuk hadapi situasi tekanan jadi kunci kejayaan buat Selangor ketika menewaskan Penang FC 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin.

Pengendalinya, Tan Cheng Hoe tidak dapat menafikan kekalahan kepada Sri Pahang minggu lalu meletakkan Gergasi Merah dalam situasi sukar.

“Apa yang penting adalah kami berjaya memanfaatkan peluang kerana kita tahu pemain sudah pun melalui minggu yang penuh tekanan.

Pada akhirnya pemain berjaya jadikan tekanan untuk bangkit ­daripada kekalahan.

“Harapan peminat terhadap pasukan sedikit sebanyak beri kesan tetapi barisan kejurulatihan yakin kalau pemain tunjuk sikap untuk baiki diri, saya percaya kami akan lebih konsis­ten,” katanya.

Pada aksi kelmarin, Mahmoud Al Rawabdeh, Richmond Boakye-Yiadom dan Faisal Halim masing-masing menyumbangkan satu gol untuk mengesahkan mata ke 37 musim ini.

Dalam masa sama, bekas pengendali kebangsaan itu turut lega untuk menyaksikan kualiti permainan dijelmakan oleh Boakye-Yiadom dan pertahanan import, Safuwan Baharudin.

“Mereka tunjukkan keyakinan terutamanya Safuwan yang cukup tenang dan pasti­nya pengalaman dia begitu diperlukan untuk menghadirkan keyakinan di barisan pertahanan.

“Sam (Sam Somerville) juga perlu dipuji kerana beraksi cemerlang. Bagaimanapun, saya merasakan masih ada perkara yang perlu kami tambah baik untuk teruskan saingan selepas ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI