fbpx

Rice akhirnya sah jadi milik Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE muncul pemain termahal Britain selepas melengkapkan perpindahannya dari West Ham United ke Arsenal dengan nilai RM622.12 juta. – FB ARSENAL

LONDON – Arsenal mengesahkan bahawa mereka berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah West Ham United, Declan Rice dengan memecahkan rekod perpindahan pemain Britain yang bernilai £105 juta (RM622.12 juta).

Awal pagi semalam, The Hammers mengesahkan bahawa kapten mereka itu sah meninggalkan kelab berkenaan selepas mencapai kata sepakat bersama Arsenal mengenai yuran perpindahan serta struktur pembayaran.

Arsenal akan melunaskan bayaran sebanyak £100 juta (RM592.50 juta) dalam tempoh 24 bulan dan perlu membayar sebanyak £1 juta (RM5.92 juta) setiap kali mereka layak ke sai­ngan Liga Juara-Juara untuk tempoh lima musim.

“Saya sangat teruja untuk turun dan beraksi bersama anda semua dan berkongsi momen terbaik di kelab ini. Saya menyaksikan apa yang anda telah lakukan sejak beberapa musim lalu.

“Saya sudah tidak sabar untuk memulakannya di sini dan berharap dapat menikmati kejayaan menjulang trofi di kelab ini,” kata Rice ketika sesi pengenalannya.

Dalam pada itu, Pengarah Sukan Arsenal, Edu mengakui bahawa Rice merupakan seorang pemain yang memiliki kemampuan luar biasa dan telah membuktikannya menerusi rekod di kelab dan peringkat antarabangsa.

“Proses perpindahan Declan ke kelab ini adalah hasil kerjasama yang hebat daripada semua pihak dan kami gembira dia sudah menyertai kami.

“Dia memiliki kualiti, pemain bertaraf antarabangsa yang masih muda dan mampu memberikan nilai tambah buat kami serta sesuai dengan strategi kelab yang mahu menampilkan pemain-pemain muda yang hebat,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI