fbpx

Ribut petir, hujan lebat di Johor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 11 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan satu negeri iaitu Johor.

“Di Johor, antara kawasan yang terlibat adalah daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai,” katanya.

Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI