fbpx

Rajagopal pemegang rekod Malaysia Book of Records diuji sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAS IMRAN (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan barangan keperluan kepada Rajagopal ketika menziarahi warga emas itu di rumahnya di Ulu Tiram baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang pernah mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) kini mengalami hilang deria penglihatan dan mengalami masalah kegagalan buah pinggang sejak 2018 akibat penyakit diabetes.

L. Rajagopal Kawander, 69, berkata, disebabkan masalah kesihatan itu, dia tidak dapat meneruskan impian untuk melakar lebih banyak pencapaian dan rekod peribadi.

Warga emas itu pernah mencipta rekod memandu kende­raan secara mengundur sejauh 88 kilometer (km) dari Jalan ­Ungku Puan di sini sehingga ke Kota Tinggi pada 2008 dan sejauh 1,010 km dari Johor Bahru ke Pulau Pinang pada 2010.

“Saya bercadang untuk mencipta rekod baharu memandu secara mengundur ke seluruh Semenanjung Malaysia pada 2018.

“Malangnya ia terpaksa dibatalkan atas faktor kesihatan. Saya hilang deria penglihatan dan buah pinggang gagal berfungsi akibat diabetes,” katanya ketika ditemui di Taman Berlian, Ulu Tiram di sini baru-baru ini.

Rajagopal dan isteri, K. Malliga, 67, kini bergantung dengan wang Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM800 sebulan.

Sebahagian besar wang itu digunakan untuk membayar tambang kereta sewa tiga kali seminggu ke Hospital Kota Tinggi.

“Saya ada tiga anak, namun mereka juga bukan orang senang. Ketika ini, kami menumpang di rumah kenalan. Banyak barangan elektrik dan perabot di dalam rumah juga sudah rosak,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Pasar Raya Econsave Cash and Carry, Mas Imran Adam memberitahu, pihaknya me­nyumbang peralatan elektrik serta bara­ngan dapur bernilai RM1,000 bagi meringankan beban pasangan suami isteri tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI