fbpx

Program Menu Sihat di Tabika Perpaduan pupuk kesedaran amalan pemakanan sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak yang menyertai pertandingan menyediakan menu sihat bergambar bersama ibu masing-masing di Kajang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Berdepan dengan cabaran masyarakat di negara ini yang mengalami pelbagai masalah kesihatan bukan sahaja di peringkat golongan dewasa malah dialami oleh golongan bayi dan kanak-kanak, kesedaran tentang mengamalkan gaya pemakanan sihat perlu dimulakan sejak diusia awal lagi.

Manfaat daripada menu sihat dan lazat yang disediakan oleh ibu bapa, waris dan juga boleh didapati di kantin sekolah khususnya membantu kanak-kanak untuk membesar dengan kadar tumbesaran yang sihat.

Ini bertujuan untuk mengurangkan empat kesan malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak iaitu kurang berat badan, terbantut, tersusut berat badan dan juga berat badan berlebihan atau obesiti.

Bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat mengenai kepentingan pengamalan menu sihat dalam kehidupan seharian, Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara telah menganjurkan Program Menu Sihat Perpaduan secara serentak di semua Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan di seluruh negara.

Program ini melibatkan sebanyak  1,781 Tabika Perpaduan dengan sejumlah 36,874 kanak-kanak dan 41 Taska Genius Perpaduan dengan seramai 980 kanak-kanak.

Berucap pada majlis pelancaran program tersebut bagi zon Kajang, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Che Roslan Che Daud baru-baru ini berkata, amalan pemakanan yang sihat yang diterapkan sejak usia muda akan mempengaruhi corak serta status pemakanan kanak-kanak apabila dewasa nanti.

“Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya ibu bapa mengenai pentingnya pemakanan sihat.

“Untuk menjayakannya, ia perlu melibatkan guru, penolong guru, pendidik, pembantu pendidik, jawatankuasa penyelaras tabika dan juga masyarakat setempat,” katanya.

Tambah beliau, usaha ini juga penting sebagai dorongan kepada kanak-kanak menjalani kehidupan secara seimbang dan seterusnya memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai amalan gaya hidup sihat serta pengetahuan pemilihan makanan seimbang,” ujarnya.

Menurut Che Roslan, program ini akan dapat membentuk perkembangan fizikal dan minda dengan baik malah secara tidak langsung akan membentuk generasi yang boleh membangunkan negara.

Dalam pada itu, Kementerian Perpaduan Negara mengharapkan,  program ini dapat dijadikan sebagai pemangkin kepada peningkatan kualiti dan pengamalan pengambilan makanan yang sihat harus dipupuk dari rumah sejak peringkat awal usia kanak-kanak.

Program ini turut menyokong kepada Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang menjadi inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI