fbpx

Pemandu lori 3 tan maut, kemalangan dengan lori 40 tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pemandu lori maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lori 40 tan dan lori 3 tan di Kulai, Johor pagi ini.

KULAI – Seorang pemandu maut manakala kelindannya cedera selepas lori tiga tan dipandunya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori 40 tan di Kilometer 29, Lebuh Raya Utara Selatan, Kulai, pagi ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Pegawai Bomba Kanan II, Jamaluddin Jemaat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 8.23 pagi.

Sehubungan itu katanya, seramai tujuh anggota beserta dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kemalangan membantu dua buah kenderaan iaitu sebuah lori 40 tan yang membawa muatan simen bertembung dengan sebuah lori 3 tan membawa muatan sabun.

“Ekoran kemalangan tersebut, pemandu lori tiga tan maut dilokasi kejadian, manakala kelindannya serta pemandu lori 40 tan cedera dalam kemalangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Jamaluddin, anggota kemudian bertindak mengeluarkan semua mangsa menggunakan peralatan khas sebelum mangsa maut diserah kepada polis, manakala mangsa cedera dihantar ke hospital.

“Operasi kemudiannya ditamatkan pada pukul 9.55 pagi,” tambahnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI