fbpx

Orang ramai pilih kerusi roda elektrik selepas basikal elektrik disekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Golongan muda menggunakan kerusi roda elektrik di jalan. - SCMP/YouTube/@videoupper

BEIJING – Golongan muda di Guangzhou, China menemui cara lain untuk membantah peraturan penggunaan basikal elektrik dengan beralih kepada kerusi roda elektrik, lapor portal berita South China Morning Post semalam. 

Video memaparkan golongan muda di bandar itu menggunakan kerusi roda berkuasa elektrik di jalan raya tular di media sosial.

Guangzhou bersedia untuk melaksanakan peraturan baharu bagi membanteras peningkatan penggunaan basikal elektrik.

Ia susulan angka kemalangan melibatkan basikal elektrik di bandar itu yang semakin meningkat. Polis trafik Guangzhou melaporkan lebih satu juta kes pada 2021 dan 1.6 juta kes tahun lepas.

Peraturan yang dicadangkan termasuk mengharamkan basikal elektrik di kawasan tertentu pada waktu puncak atau sepanjang hari dan larangan pengubahsuaian termasuk menambah cermin pandang belakang.

Beberapa klip video tular memaparkan orang sihat berulang-alik dengan menaiki kerusi roda elektrik dan satu lagi rakaman menunjukkan penghantar barang memikul basikal elektrik di atas bahunya.

Seorang pemilik kedai peralatan di Guangzhou berkata, perjalanan menaiki kerusi roda elektrik di jalan raya adalah ‘tidak realistik’.

“Ia lebih perlahan daripada basikal biasa dan tidak boleh dibawa menaiki kereta api bawah tanah atau bas dengan mudah,” katanya kepada stesen televisyen tempatan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI