fbpx

Lucu! Dia macam pak cik saya – Hayley Atwell

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAYLEY ATWELL menafikan bahawa Tom Cruise adalah kekasih hatinya hanya disebabkan sinergi yang dicipta dalam filem terbaharu, Mission Impossible 7.

PELAKON Hayley Atwell menjawab khabar angin mendakwa dirinya kini sedang menjalin hubungan cinta dengan aktor, Tom Cruise.

Khabar angin tersebut tercetus apabila keserasian Atwell dan dan Cruise terbukti cemerlang menerusi filem terbaharu, Mission Impossible 7.

Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut, Atwell turut menganggap gosip berkenaan sebagai berita aneh yang tidak masuk akal.

“Saya ada mendengar dakwaan mengatakan kami sedang bercinta. Khabar angin itu kedengaran sangat lucu dan aneh,” ujarnya.

Kata aktres berusia 41 tahun itu lagi, dia tidak mempunyai perasaan terhadap bekas suami aktres Katie Holmes itu, malah menganggap Cruise tidak ubah seperti pak ciknya.

“Saya menganggap Cruise tidak ubah seperti pak cik saya. Tidak mungkin kami bercinta,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI