fbpx

Lima negeri alami cuaca buruk sehingga 6 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang pada lima negeri di semenanjung sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan lima negeri iaitu Kedah, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

“Antara negeri yang terlibat adalah di Kedah pada kawasan Padang Terap dan Baling. Manakala di Pahang kawasan terlibat ialah Bentong, Temerloh, dan Bera.

“Seterusnya bagi negeri Selangor pula, daerah terlibat adalah Gombak, Petaling, dan Hulu Langat. Bagi Negeri Sembilan kawasan Jelebu,” katanya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI