fbpx

KPWKM galak wujud lebih banyak pusat jagaan warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy melawat penghuni Pusat Jagaan Damai Permai di Kepala Bata hari ini. -Foto oleh SITI NIR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengalu-alukan lebih banyak badan swasta mewujudkan pusat jagaan warga emas bagi memenuhi keperluan menghadapi status negara tua pada 2030.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sehingga kini terdapat 393 pusat penjagaan warga emas seluruh negara yang berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.

“Kita masih kekurangan pusat jagaan swasta malah ramai yang memerlukan dan mahu menggunakan perkhidmatan ini.

“Pusat jagaan warga emas sudah wujud lama di bawah kelolalaan kerajaan, namun bagi anak-anak yang mempunyai kemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik lagi akan memilih untuk menghantar ibu bapa mereka ke institusi penjagaan swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Pusat Jagaan Damai Permai di Kepala Batas, di sini hari ini.

Dalam lawatan itu, Nancy memuji usaha pengurusan pusat jagaan terbabit yang menyediakan perkhidmatan penjagaan bulanan dan harian khusus buat warga emas dan golongan memerlukan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI