fbpx

Keputusan batal HSR tidak boleh dibicara – AGC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Keputusan Kerajaan Malaysia membatalkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) adalah keputusan dasar awam yang tidak boleh dibicarakan di mana-mana mahkamah, demikian tegas Jabatan Peguam Negara (AGC).

Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh berkata, keputusan itu berdasarkan kajian dan rundingan antara kerajaan dan Kerajaan Singapura berkaitan kepentingan ekonomi negara dan implikasi kos.

Beliau berkata, kerajaan dan empat yang lain melaksanakan kuasanya dengan suci hati dan untuk kepentingan negara dengan mengambil kira semua keadaan ketika membuat keputusan untuk menangguhkan dan membatalkan pelaksanaan Projek HSR.

Keempat-empatnya ialah Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan kerajaan.

Katanya keputusan itu dimaklumkan kepada umum melalui Kenyataan Media Bersama oleh Muhyiddin dan Perdana Menteri Singapura pada 1 Januari 2021.

Sehubungan itu, Terrirudin berkata, beliau percaya tindakan seorang individu, Mohd. Hatta Sanuri, 47, yang memfailkan saman terhadap kelima-lima pihak berhubung pembatalan projek terbabit, adalah sangat jelas tidak boleh dipertahankan.

Ini kerana beliau tidak mempunyai locus standi (kedudukan di sisi undang-undang) untuk berbuat demikian.

“Dengan itu, saya sesungguhnya percaya dan menyatakan bahawa tindakan ini adalah mengaibkan, remeh dan menyusahkan dan adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah. Saya menyatakan bahawa berdasarkan alasan di atas, pernyataan tuntutan plaintif (Mohd. Hatta) adalah tidak bermerit dan wajar dibatalkan, manakala isu undang-undang yang berbangkit akan dihujahkan selanjutnya oleh Peguam Kanan Persekutuan ketika pendengaran permohonan ini kelak,” katanya menerusi afidavit sokongan bagi membatalkan saman itu yang difailkan pada 30 Disember 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI