NEW DELHI – Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan seorang budak perempuan mengejutkan keluarganya dengan membawa pulang seekor ular ke dalam rumah mereka, lapor laman berita Ary News.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @f_l_addiction.official.
Berdasarkan rakaman tersebut, budak perempuan itu berjalan ke pintu depan rumahnya dengan memegang seekor ular yang masih hidup.
Apabila beberapa wanita yang duduk di ruang tamu rumah itu melihatnya, mereka segera melarikan diri kerana takut.
Mereka malah meninggalkan beberapa bayi yang berada dilantai sambil meminta ular itu dibuang.
Budak perempuan itu akhirnya dibawa ke lokasi lain oleh beberapa orang dewasa untuk menjauhkan ular itu daripada rumah tersebut. – Agensi