fbpx

Jualan Rahmah Bergerak dua kali sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FUZIAH pada program Perasmian Jualan Rahmah Bergerak di Pasar Malam Pantai Puteri, Tanjung Keling, Melaka. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Jualan Rahmah Bergerak berkonsepkan kedai cari rakyat akan diadakan dengan kekerapan dua kali sebulan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, inisiatif itu dilakukan ekoran sambutan menggalakkan daripada orang ramai sejak ia dilancarkan pada 17 Jun lalu di Pulau Pinang.

Menurutnya, sejak dilancarkan sebanyak 78 Jualan Rahmah Bergerak telah diadakan di seluruh negara dan maklum balas menunjukkan ia diterima oleh setiap lapisan golongan masyarakat.

“Sambutan amat menggalakkan di setiap lokasi Jualan Rahmah Bergerak diadakan sebagai contoh di Kedah, semalam di Kelantan dan Sarawak respon yang diterima amat baik.

“Barangan yang dijual diberikan subsidi sehingga potongan sebanyak 30 peratus dan ada ketikanya harga runtuh kita berikan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas melancarkan Program Jualan Rahmah Bergerak Peringkat DUN Pantai Kundor di Dataran Pentas Budaya Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini, semalam.

Tambah Fuziah, di Melaka Jualan Rahmah Bergerak yang diadakan di lima lokasi merekodkan jualan berjumlah RM195,569.40 dan jumlah pengunjung mencecah 6,500 orang.

“Mengenai Jualan Rahmah pula, sejak dilancarkan di negeri ini telah merekodkan kedatangan pengunjung seramai 100,394 orang di 36 lokasi.

“Rekod jualan yang dicatatkan berjumlah RM1,241,058.75,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI