fbpx

Jiran bergaduh sebab bising, polis terima dua laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pergaduhan tersebut yang tular di media sosial.

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung kejadian video tular pergaduhan melibatkan jiran di sebuah pangsapuri di Tampoi di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kejadian berlaku pada Jumaat lalu dan laporan polis dibuat dua individu yang terbabit dalam kejadian tersebut pada hari yang sama.

“Pada hari semalam polis telah mengesan satu video tular dua minit 17 saat dimuat naik oleh seorang pemilik media sosial memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan jiran di sebuah pangsapuri di Tampoi.

“Polis telah mengambil keterangan daripada pihak terlibat dan saksi bebas yang merupakan penduduk di pangsapuri itu bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Video berkenaan tular sejak semalam, memaparkan pergaduhan seorang lelaki yang memegang objek dipercayai sebatang kayu berdiri dihadapan rumah dipercayai jirannya.

Rakaman video itu menunjukkan lelaki terbabit dilihat mengetuk jeriji pintu rumah, dan berlaku ketegangan, sebelum situasi itu ditenangkan oleh jiran yang lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Balveer Singh menasihatkan masyarakat agar tidak mensensasikan isu yang boleh memberi implikasi kepada keharmonian dan bersikap rasional dan menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi serta tidak melakukan sebarang perbuatan melulu yang menyalahi undang-undang.

“Polis menyeru orang ramai yang mempunyai kes berkenaan kepada pegawai penyiasat Inspektor Shazril Salim di talian di 016-3425316,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI