fbpx

Isteri minta fasakh suami malas bekerja, bawa ‘lari’ anak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik di akaun Facebook, Fahmi Ramli.

PETALING JAYA – Penantian seorang isteri selama setahun untuk dilepaskan daripada perkahwinan ‘toksik’ akhirnya bernoktah apabila kes tuntutan fasakhnya berjaya diselesaikan hari ini.

Menerusi perkongsian seorang peguam kes Fasakh, Fahmi Ramli di akaun Facebook, wanita yang masih muda itu bukan sahaja diuji dengan suami yang malas bekerja, malah turut ‘merana’ apabila anaknya dibawa lari tanpa sebarang jejak.

“Hari ini selesai satu kes fasakh yang mana wanita ni masih muda, tapi perkahwinannya diuji dengan sikap suami yang malas bekerja mencari nafkah.

“Sudahlah malas, dibawa lari anak mereka tanpa sebarang jejak. Dia pun sudah puas mencari suami dan anak tersebut. Bila kami cuba cari untuk serahan saman pun, rumah keluarga suami pun dah jadi rumah orang lain,” tulisnya dalam hantaran itu.

Tambah Fahmi, wanita itu hanya mampu bersabar dan teruskan kehidupan kerana yakin suatu hari nanti anaknya pasti akan mencari ibunya semula.

“Alhamdulillah setelah setahun kes ini berjalan, inilah hari yang melegakan hatinya. Saya tumpang gembira dapat bantu dia keluar daripada perkahwinan yang penuh toksik ini. Tabahlah puan,” tulisnya Fahmi lagi.

Sehingga kini hantaran tersebut mendapat 838 tanda suka, 75 komen dan 33 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang mendoakan agar wanita tersebut dipertemukan semula dengan anaknya dan mengecapi kebahagiaan lain.

“Harap nanti dapat jumpa anak dia. Boleh buat tuntutan hak jagaan. Jangan pula ‘bapak pemalas’ itu bagi dekat orang lain pula anak tu,” komen Efa Sulaiman.

“Moga ibu ini dapat jumpa anak dan dapat hak penjagaan anak pula lepas ni,” komen Izan.

“Ayah tak kerja macam mana nak sara anak? Semoga dipermudahkan urusan ibu ini. Semoga dapat jumpa balik anaknya,” komen pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI