fbpx

Hujan lebat, angin kencang di Johor sehingga 2 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang sehingga pukul 2 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata, cuaca buruk itu dijangka akan melibatkan satu negeri sahaja iaitu di Johor.

“Kawasan yang terlibat adalah di negeri Johor iaitu Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, dan juga Johor Bahru,” ujarnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI