fbpx

Drake dibaling telefon ketika menyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRAKE

PENYANYI Drake menjadi mangsa kemarahan peminat selepas dilempar dengan telefon bimbit oleh seorang penonton sewaktu membuat persembahan pentas.

Dalam kejadian minggu lalu, Drake sedang menjayakan konsert jelajahnya, It’s All a Blur di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat.

Entah marah dan bosan, semasa kejadian, penyanyi berusia 36 tahun itu sedang menyanyikan lagu berjudul So Anxious sebelum sebuah telefon bimbit tiba-tiba melayang ke atas pentas selepas dilemparkan seorang penonton.

Drake bernasib baik kerana sempat mengelak daripada terkena balingan telefon bimbit tersebut dan meneruskan nyanyiannya.

Sebelum ini, beberapa penyanyi popular juga pernah dilempar dengan telefon bimbit oleh penonton sewaktu membuat persembahan penta

Antara yang menjadi mangsa termasuklah Bebe Rexha, Pink, Kid Cudi, Steve Lacy, Kelsea Ballerini dan Ava Max.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI