fbpx

Cukuplah anak saya derita akibat kecuaian – Bapa Dea Maisarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bada (kiri) bersama Hafiz ketika ditemui di Klang hari ini. (Gambar kecil) Allahyarhamah Dea Maisarah

KLANG – Keluarga Allahyarham kanak-kanak dikenali Dea Maisarah Bada mahu mencari keadilan dalam merungkai punca sebenar kematian anaknya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Bapa kanak-kanak itu, Bada Hussin, 48, berkata, pengelasan kematian iaitu dibawa mati ke hospital (BID) dalam sijil atau permit pengebumian adalah palsu dan tidak benar.

“Kita sedia maklum, anak saya masih hidup dengan saya ada bukti termasuk resit pembayaran.

“Ramai juga mempersoalkan supaya reda. Memang reda tetapi amar maaruf dan nahi mungkar. Kejahilan kita cegah.

“Jadi dengan masalah ini, pembohongan pihak-pihak berkenaan wajib dibongkarkan. Kita hendak keadilan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Bada yang juga peniaga makanan itu tidak mahu perkara tersebut berulang kembali dengan individu lain akan mengalami nasib sama seperti anak sulungnya daripada dua beradik itu.

“Kalau boleh, cukuplah anak saya yang terakhir derita akibat kecuaian dan kebodohan pihak-pihak berkenaan.

“Saya juga bukan hendak menyalahkan sesiapa namun nampak sangat benda ini (kategori kematian itu). Isteri saya pun ditanya macam-macam tentang pendapatan dan tahap pendidikan saya seperti hendak menyalahkan saya sepenuhnya. Itu ler maksud saya BID,” katanya.

Jelasnya, dia akan membuat laporan polis berhubung secara spesifik kematiannya di Balai Polis Klang Selatan lewat petang ini.

Sementara itu, Peguam Hafiz Norkhan mewakili Bada memaklumkan laporan polis dibuat sebelum ini hanya berkaitan tuntutan kematian bagi proses pengebumian Dea Maisarah.

Tambahnya, perkara ini adalah satu isu yang besar di negara kita apabila dalam kes dokumentasi pengisytiharan kanak-kanak itu disahkan BID.

“Bermula pada hari ini, kita akan beri keterangan menerusi laporan polis tentang apa berlaku daripada perspektif anak guam saya yang ada masa kejadian. Kerjasama akan diberikan dan mohon siasatan telus.

“Setakat ini, dapat arahan ambil tindakan saman sivil terhadap HTAR dan Kementerian Kesihatan dengan saman ini bukan bersifat materalistik,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI